Terlepas aksi pusingan ke-10 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Argentina bulan lalu susulan masalah kesihatan, semangat pelumba negara Hafizh Syahrin pasti berkobar menjelang perlumbaan di Litar Mandalika, Indonesia hujung minggu ini.
Kembali menunggang jenteranya Honda CBR1000RR-R bermula esok (sesi ujian bebas), pelumba pasukan MIE Racing Honda itu begitupun mengakui dia masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum ini.
Dan harapannya adalah tiada masalah berbangkit ketika hari perlumbaan lebih-lebih lagi ia adalah penampilan sulungnya di Litar Mandalika.
“Trek Mandalika merupakan trek pertama kali bagi saya, jadi tiada banyak data yang saya boleh belajar. Saya harap semasa sesi latihan bebas nanti saya dapat keserasian lebih cepat dan dapat buat yang terbaik hujung minggu ini,” kata Hafizh memetik laporan Tarmac Sport Malaysia.
Mengenai soal kontrak pula, Hafizh yang tiba di Lombok bersama isteri dan anak lelakinya ketika ini masih belum buat keputusan untuk menyambung kontrak bersama MIE Racing Honda ia akan diputuskan selepas perlumbaan di Mandalika.
Pemilik pasukan MIE Racing Honda, Midori Moriwaki ketika di Sepang sebelum ini pernah menyatakan dia masih berharap Hafizh akan kekal bersama pasukan itu pada musim depan dan berharap perbincangan mengenainya akan berjalan lancar.
Tidak seperti Hafizh, rakan sepasukannya Tati Mercado dari Argentina sah tidak akan bersama pasukan itu pada musim depan.
Selepas 10 pusingan WSBK 2022 berlangsung, Hafizh ketika ini sememangnya bergelut bersama jenteranya selepas hanya mengutip 4 mata kejuaraan iaitu ketika perlumbaan di Republik Czech.
Sebagai rekod, Hafizh adalah pelumba dari Asia Tenggara tunggal beraksi di kejuaraan WSBK musim ini dan kedua dari Asia selain pelumba Jepun, Kohta Nozane (Yamaha).
Sumber imej: FB Mie Racing Japan
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades