Susulan daripada pelancaran Toyota Innova Zenix Hybrid di Indonesia, P.T Toyota Astra Motor telah menyatakan minat untuk memperkenalkan lebih banyak model hibrid elektrik (HEV) di Nusantara dalam masa terdekat.
Menurut OtoDriver, sumber yang arif mengenai perkara itu memberitahu portal automotif tersebut bahawa terdapat lebih banyak model hibrid yang dirancang untuk Indonesia.
Walaubagaimanapun, barisan hibrid Toyota di Indonesia tidak akan ditambah pada tahun depan, sebaliknya hanya akan bermula pada tahun 2024.
“Semuanya akan bermula dengan Toyota Yaris Cross Hybrid yang akan dilancarkan pada Januari 2024. Model itu akan diikuti oleh Veloz Hybrid pada Jun 2024,” ujar sumber yang tidak mahu dinamakan itu.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Toyota Yaris Cross Hybrid yang disebutkan sumber berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Yaris Cross TNGA-B (dijual di Eropah).
Toyota Yaris Cross pasaran ASEAN didakwa akan menggantikan SUV 7-penumpang Toyota Rush yang popular apabila Rush beransur-ansur dihentikan pengeluaran dengan pelancaran Yaris Cross DNGA sekitar Oktober 2023.
Selepas penampilan pertama Yaris Cross Hybrid pada bulan Jun 2024 (hampir setahun selepas model biasa), sumber yang tidak dinamakan itu memaklumkan kepada OtoDriver bahawa Toyota Calya Hybrid akan tiba pada bulan Oktober (versi Perodua Axia/Toyota Agya dengan 7-penumpang) dan Toyota Avanza Hybrid menjelang September 2025.
Baca: Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga?
Menariknya, rancangan ini langsung tidak melibatkan Toyota Vios Hybrid, sedan yang telah kami laporkan seawal Ogos 2021. Hal ini mungkin kerana Vios bukanlah model teras untuk Toyota di pasaran Indonesia.
Berbeza dengan Toyota Innova Hybrid dan sistem hibrid petrol-elektrik Dynamic Force, Toyota Vios sebaliknya dikatakan akan menggunakan sistem e:Smart Daihatsu; sistem siri-hibrid yang ada pada Perodua Ativa Hybrid.
Baca: Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan?
Source: 4 model hibrid Toyota menyusul di Indonesia, termasuk 2024 Toyota Veloz hybrid!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades