- Muka hadapan diperbaharui
- Varian bukan EV dijual pada harga RM 268k
- Varian EV dijual pada harga RM 278k
Volvo Car Malaysia (VCM) sudahpun melancarkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric (EV) 2023 facelift dan siri XC40.
VCM berkata pihaknya berjaya mengumpul lebih 400 tempahan bagi model XC40 Recharge Pure Electric dalam masa dua bulan pertama dan semuanya telah dihantar kepada pelanggan setakat Jun 2022. XC40 Recharge Pure Electric ini juga merupakan model kereta Volvo pertama yang dibuka untuk tempahan secara atas talian.
XC40 Recharge Pure Electric 2023 facelift baharu ini dijual pada harga RM 278,888. Ia diberi bampar hadapan baharu dengan motif rekaan lebih bersudut berserta lampu hadapan berbentuk segi tiga. Secara amnya, ia diberi rupa bentuk Volvo C40. Ia juga ditawarkan dengan warna cat badan baharu yang digelar Fjord Blue.
Juga baca: Volvo XC40 Recharge EV di Malaysia habis licin, raih lebih 400 tempahan sejak pelancaran
Sebahagian besar ruang kabinnya kekal sama, melainkan tuas gear baharu berwarna hitam kelabu tanpa kemasan kulit. Ia juga didatangkan dengan pembersih udara berserta pra-pembersihan PM2.5.
Trenkuasa kekal sama dengan model terdahulu, menghamburkan kuasa 408 PS dan tork 660 Nm dari dua motornya yang menggerakkan kesemua roda (AWD).
Juga baca: Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km
Kapasiti baterinya ditetapkan pada 78 kWh yang memberikan jarak perjalanan sejauh 438 km mengikut kitaran WLTP. Apabila dicaj menerusi penyambung Combine Charging System (CCS) Combo 2, Volvo XC40 Recharge EV ini boleh menyedut sehingga 11 kW dalam pengecaj AC (0-100% dalam masa 8 jam) selain menyokong sehingga 150 kW bagi pengecaj pantas DC (0-80% dalam masa 40 minit).
Naiktaraf ini juga boleh didapati dalam varian enjin pembakaran – XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid, PHEV) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid), dimana kedua-duanya ditanda harga RM 268,888.
XC40 B5 Ultimate hibrid sederhana menggantikan T5 bukan hibrid terdahulu dan ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter berpengecas turbo 4 silinder yang menjana 263 PS/390 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan yang memacu keempat-empat roda.
Di samping itu, XC40 Recharge T5 Ultimate pula dikuasakan oleh enjin hibrid plug-in 1.5 liter berpengecas turbo 3 silinder yang menjana 262 PS/425 Nm, digandingkan dengan kotak gear dwi-klac 7 kelajuan.
Standard bagi semua varian Volvo XC40 facelift adalah kelengkapan ADAS IntelliSafe lengkap merangkumi AEB, LKA, CTA, BLIS, Oncoming Lane Mitigation, dan Run-Off Road Mitigation. Ia turut dilengkapi Pilot Assist iaitu fungsi pemanduan separa berautonomi tahap 2.
Model-model Volvo XC40 2023 boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Black Stone, Crystal White, Sage Green, Silver Dawn, Thunder Grey, dan juga warna terbaru Fjord Blue.
Para pembeli yang berminat dengan SUV Volvo segmen C ini boleh menempah pandu uji menerusi laman sesawang rasmi Volvo ataupun menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo.
Juga baca: Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup ‘umph’?
Source: Volvo XC40 2023 facelift dilancar di Malaysia, RM 268k – 278k, varian EV paling mahal
More Stories
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders
M Casino for Beginners: Tips to Get Started
Ensuring Enhanced Safety: The Role of Crane Load Cells in Heavy Lifting