Dengan semaraknya industri automotif ke arah elektrik sepenuhnya sekarang ini, ikon dan legenda kereta rakyat buatan Jerman iaitu Volkswagen Golf juga akan beralih kepada trenkuasa EV.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Volkswagen, Thomas Schafer, “Nama Golf tidak akan digugurkan, sebaliknya, ia mungkin menjadi sebahagian daripada model elektrik ID Volkswagen. Kami ada model yang cukup ikonik iaitu Golf dan GTI. Jadi, agak gila kalau nama-nama ini digugurkan semata-mata sebab elektrifikasi. Kami akan kekal dengan pembangunan model ID tetapi model ikon akan tetap diteruskan”.
Kata beliau juga, Volkswagen sudah ada model ID. Buzz. Jadi, apabila tiba masanya nanti, VW mungkin akan mengeluarkan ID. Golf”.
Untuk makluman anda, keluaran Golf generasi Mk8 sekarang akan berakhir sekitar tahun 2027-2028.
Selain itu, Schafer juga menjelaskan bahawa VW ID.3 bukanlah pewaris EV kepada Golf kerana saiz dan sasaran pasaran buat kedua-dua model ini adalah berbeza. Malah kalau ikut saiz sekalipun, ID.3 lebih kepada Golf ‘Plus’.
Untuk pengetahuan anda, penjelasan mendalam oleh beliau juga menjawab segala persoalan sama ada Golf EV dan ID.3 akan ada serentak dalam barisan model elektrik Volkswagen atau digabungkan terus. Dari segi hierarki, Golf tersebut akan diselitkan antara ID.2 dan ID.3. Ia mungkin dibina berasaskan platform Scalable Systems Platform (SSP) bagi menggantikan platform EV Modular Electric Drive Matrix (MEB).
Sumber: AutoCar
Source: Tular: Volkswagen Golf generasi Mk9 akan menjadi EV sepenuhnya, tradisi akan bertukar?
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades