Toyota Innova Zenix 2023 dengan kit badan Modellista, dah padu atau nak tunggu GR Sport?

Seperti yang anda tahu, Toyota Innova generasi 2023 telahpun dirasmikan. Tetapi Toyota menjadi Toyota, pasti mereka akan menawarkan pilihan penambahan kit badan dan aksesori dari Modellista dan tidak mengejutkan, MPV besar yang dipercayai ini turut mendapat sentuhan yang sama.

Juga baca2023 Toyota Innova Zenix debut global – dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

Bagi anda yang belum tahu, Modellista adalah jenama aksesori yang Toyota jalinkan kerjasama rapat. Antara pakej yang mereka tawarkan adalah kit badan dan aksesori tambahan. Jadi, apa yang mereka ada untuk Toyota Innova kali ini?

  • Trim tambahan pada gril depan
  • Spoiler tambahan pada bampar depan
  • Skirting tepi
  • Spoiler tambahan pada bampar belakang
  • Trim tambahan pada papan pemuka belah pemandu

Menariknya, aksesori Modellista hanya ditawarkan pada varian hibrid sahaja.

Jadi, apa pendapat anda, kit Modellista pada Toyota Innova generasi baharu ini sudah cukup garang atau nak tunggu model GR Sport?

Sumber: AutoFun ID

Source: Toyota Innova Zenix 2023 dengan kit badan Modellista, dah padu atau nak tunggu GR Sport?