Toyota Motor Thailand telah melancarkan Toyota GR Corolla, menjadikan Thailand sebagai destinasi pertama di rantau ASEAN yang menawarkan hot hatch segmen C ini. Pelancaran itu bersesuaian dengan Thailand International Motor Expo 2022 yang sedang berlangsung sekarang.
Harga bagi Toyota GR Corolla ini juga kedengaran sangat mahal, berikutan status import CBU daripada Jepun. Namun, dengan unit jualan terlampau terhad iaitu 9 unit sahaja, harga tersebut mungkin berbaloi jika dilihat dari segi pelaburan jangka masa hadapan.
- Toyota GR Corolla – THB 3,949,000 (~RM 497k)
Menariknya, pelancaran Toyota GR Corolla ini diadakan bersebelahan dengan Honda Civic Type R FL5. Kedua-duanya masih model prestasi buatan Jepun namun perbezaan harga sedikit ketara di mana Honda berada di paras harga yang lebih rendah.
Baca: Thailand lancar Honda Civic Type R 2023 generasi FL5, harga anggaran cecah RM 478k!
Dipasangkan dengan enjin 3-silinder 1.6 liter pengecas turbo (G16E-GTS) yang sama dikongsikan daripada Toyota GR Yaris tetapi menghasilkan lebih kuasa di sini (300 PS/370 Nm), ia turut dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan, dan ini adalah satu-satunya kotak gear pilihan yang ditawarkan buat masa ini.
Di sebalik rekaan moden keluarga Corolla ini adalah sistem GR-Four AWD hasil pembangunan rali Toyota yang boleh membahagi kuasa daripada 50/50 depan:belakang kepada 30/70. Pembezaan gelincir terhad (Limited Slip Differential) Torsen pada setiap gandar menambah kesyahduan pemanduan hot hatch ini.
Penambahbaikan berbanding model Toyota Corolla biasa menyaksikan Toyota GR Corolla menerima gril terbuka dengan lambang jenama GR di hadapan, hud dengan ruang bukaan udara, tiga paip ekzos, rim 18-inci, serta bumbung daripada gentian karbon.
Bergerak ke bahagian dalamannya pula, ia kelihatan seperti model Corolla biasa, namun dengan sedikit perbezaan pada brek letak tangan (manual vs elektronik pada Corolla biasa). Ia menerima gugusan instrumen digital LCD penuh 12.3-inci berdasarkan spesifikasi oleh rakan sejawatannya di Jepun.
Ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay kekal melalui skrin sentuh infotainment 7-inci, menambah sentuhan kabin khusus GR lain yang termasuk upholsteri unik pada stereng dan kerusi pemandu yang unik untuk hot hatch ini sahaja.
Toyota GR Corolla dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia juga pada suku pertama 2023. Harga masih belum disahkan tetapi sebagai rujukan, harga Volkswagen Golf R Mk8 yang bermula dari RM 356,412 dilihat sebagai penanda aras yang munasabah. Atau, adakah ia akan membuatkan Golf R kelihatan berbaloi?
Source: Toyota GR Corolla rasmi di Thailand – harga RM 500k, terhad 9 unit, saing VW Golf R tu!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades