Selepas membuat debut rantau di Vietnam, Honda Civic Type R (FL5) kini nampaknya meneruskan pengembaraan di pasaran ASEAN melalui perasmian di Thailand. Harga anggaran di sana bermula dari 3.8 juta THB (~RM 478k).
Melalui import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Civic Type R FL5 di sana menandakan satu sejarah kerana inilah kali pertama model berprestasi tinggi itu dijual di Thailand. Begitu juga dengan Vietnam yang mana mereka telah menjadi negara ASEAN pertama untuk melancarkan model ini.
Juga baca: 2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN – dari RM 470k, lagenda baru dah tiba!
Apapun, saingan adalah sengit kerana Thai International Motor Expo turut merasmikan Toyota GR Corolla iaitu pada harga 3.949 juta THB (4% lebih mahal daripada Type R FL5). Namun demikian, Civic Type R ada keunikan tersediri kerana inilah Type R paling berkuasa yang pernah Honda hasilkan.
Dari segi teknikal, enjin K20C 2.0L VTEC Turbo di bawah bonet yang ada rongga itu menghembuskan 330 PS dan 420 Nm tork. Kuasa pula dihantar ke roda depan melalui transmisi manual 6 kelajuan.
Antara komponen prestasi yang dilengkapkan termasuklah limited slip differential (LSD), brek Brembo dan roda 19 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S.
Selain itu, hothatch Honda ini datang dengan interior suede berwarna hitam dan merah, tombol gear besi dan kluster digital beserta infotainment Type R.
Antara sistem keselamatan yang dilengkapkan merangkumi 8 beg udara termasuk pada bahagian lutut depan dan ADAS Honda Sensing.
Di Malaysia, peluang untuk Civic Type R FL5 tiba sangatlah cerah kerana kita dapat Type R sejak generasi FD2R lagi iaitu pada tahun 2007. Apapun, harganya takkan murah. Type R FK8 terdahulu pun dah cecah RM 330k.
Jadi, harga sekitar RM 350k untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia tidak akan mengejutkan.
Juga baca: Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 – diikuti Thailand!
Source: Thailand lancar Honda Civic Type R 2023 generasi FL5, harga anggaran cecah RM 478k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades