Sebentar tadi, satu lagi kembar buat trio Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa telah diperkenalkan dan ia adalah Subaru Rex.
Secara amnya, SUV kompak ini adalah sebuah Daihatsu Rocky yang memakai lambang Subaru.
Kalau anda nak tahu, Subaru hendak mengisi jurang yang ditinggalkan oleh Subaru XV 1.6L (dikenali sebagai Crosstrek, hanya ada di Jepun, enjin 2.0L hibrid). Maka itu, terciptalah Subaru Rex melalui hubungan baik bersama Toyota yang mana mereka juga memiliki syarikat Daihatsu.
Untuk model ini, Subaru kiranya mengitar semula nama kereta kei mereka yang mana Rex terdahulu menggunakan enjin supercharger. Tetapi untuk kali ini, ia hanya datang dengan enjin 1.2L NA 3 silinder (WA-VE) dari Rocky varian asas, bukannya unit 1.0L turbo 3 silinder (1KR-VET).
Sama seperti Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, Subaru Rex dibina di kilang Daihatsu di Shiga (Ryuo).
Dari segi penawaran, Subaru Rex hanya didatangkan dengan varian G dan Z. Harganya bermula dari 1.82 juta Yen (~RM 59.4k) hingga 2.17 juta Yen (~RM 70.8k), kiranya sama seperti Rocky.
Kalau anda nak tahu, Subaru menyasarkan jualan Rex sebanyak 150 unit setiap bulan. Sebagai perbandingan, Daihatsu Rocky disasarkan sebanyak 2,000 unit dan Toyota Raize pula pada 4,000 unit.
Bagi anda yang berminat, Subaru Rez sebenarnya akan kekal sebagai model untuk pasaran Jepun sahaja.
Jadi, kenapa nak beli Subaru Rex kalau Daihatsu Rocky sudah ada? Harga pun sama? Jawapannya adalah tabiat membeli di Jepun.
Untuk pengetahuan anda, pasaran sana mempunyai pelbagai jenis model. Jadi, untuk memilih, pembeli mungkin akan keliru dan pening kepala. Disebabkan itu, mereka sering membeli kereta baru dari pengedar yang sudah mereka biasa atau percaya.
Disebabkan inilah Subaru mengeluarkan Rex kerana pembeli Subaru yang sudah biasa pasti hendak kekal berurusan dengan pengedar tersebut, tidak kiralah dalam hal pembelian kereta seterusnya atau menjual kereta sedia ada.
Ada yang sampai keturunan anak cicit pun ada. Jadi, inilah sebabnya. Unik kan budaya di Jepun?
Source: Subaru Rex membuat debut – Perodua Ativa dengan lambang Subaru, hanya ada di pasaran Jepun
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades