Bermaz telah banyak mempertaruhkan model SUV sebagai model jualan larisnya maka tidak hairanlah jika Mazda CX-30 adalah model seterusnya untuk mendapat peluang besar dalam menarik pembeli.
Mazda CX-30 yang hadir sebagai model import (CBU) akan beralih kepada pemasangan secara tempatan (CKD) di Malaysia. Projek itu juga membuka kepada peningkatan ciri kelengkapannya.
Sumber yang arif mengenai perkara itu memberitahu Wapcar.my bahawa tugas penyediaan untuk pemasangan Mazda CX-30 di Kulim sedang dijalankan. Malah, spekulasi ini telah dilaporkan pada tahun 2021 justeru mengambil kira persediaan kilang dan isu bekalan, nampaknya garis masa ini telah dipenuhi dengan penghantaran dijangka akan bermula menjelang suku pertama 2023.
Spesifikasi dikhabarkan hampir sama dengan apa yang dijual sekarang (CBU Jepun) tetapi dengan beberapa penambahan baharu.
Peningkatan paling ketara dikatakan hadir dalam bentuk bumbung suria yang memberikan perasaan yang luas pada kabin dalaman. Hasil daripada kelebihan cukai untuk kereta pemasangan tempatan juga akan membawa kepada pengurangan harga sekitar 10 hingga 20 peratus.
Menariknya, pelanggan yang telah menempah Mazda CX-30 mereka sebelum 30-Jun 2022 akan menikmati harga yang dikecualikan SST, dengan syarat kereta mereka dihantar sebelum 31-Mac 2023. Sumber berkenaan turut memberitahu bahawa pertukaran kepada model CKD (dalam tempoh yang disebutkan) adalah mungkin tetapi tertakluk kepada syarat.
Harga Mazda CX-30 2022 yang dijual (CBU) adalah seperti berikut:
- CX-30 2.0G Core 2WD – RM 149,000
- CX-30 2.0G High 2WD – RM 164,000
- CX-30 2.0G Ignite 2WD – RM 173,000
- CX-30 1.8D High 2WD – RM 173,000
- CX-30 2.0G Ignite AWD – RM 185,000
Baca: SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30?
Source: Spekulasi: Mazda CX-30 CKD Malaysia bakal terima “sunroof”, harga lagi murah seawal 2023!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades