Di Eropah, Honda Civic varian hibrid e:HEV diperkenalkan pada awal 2022 dan jualannya baru sahaja bermula pada pertengahan tahun. Tidak mengejutkan, legenda sedan segmen C ini telah mendapatkan pengiktirafan 5 bintang dalam penilaian keselamatan EURO NCAP.
Menurut data yang baru dikeluarkan oleh badan itu, Honda Civic e:HEV betul-betul menepati kriteria dan siri ujian pelanggaran yang berpandukan empat tunjang utama. Skor yang berjaya diraih oleh Civic hibrid ini adalah seperti di berikut:
- Adult Occupants – 89%
- Child occupants – 87%
- Vulnerable Road Users – 82%
- Safety Assist – 83%
Bagi mencapai tahap keselamatan yang begitu hebat, Honda menerapkan bahan penyerap pelanggaran pada lantai kabin, fender dan dinding pada bahagian enjin.
Dalam masa yang sama, mereka telah memperkuatkan pengeras struktur pintu hadapan dan bingkai arca roda belakang bagi menyerap rempuhan dari bahagian tepi kenderaan. Apa yang lagi gempak adalah bingkai plat nombornya juga direka untuk menyerap impak, sekaligus mengurangkan hentakan pelanggaran terhadap pemandu dan penumpang.
Selain integriti struktur, bilangan beg udara sehingga 11 untuk Honda Civic di pasaran Eropah yang meliputi bahagian lutut depan, bahagian tengah dan tepi juga memainkan peranan dalam pemarkahan yang cemerlang ini.
Juga baca: Honda Civic FE 2022 lagi hebat daripada Civic FC sebab ciri Honda Sensing ini!
Satu lagi adalah melalui sistem bantuan keselamatan ADAS Honda Sensing yang mana Civic e:HEV datang dengan pengesan sonar yang turut mengesan objek bukan besi seperti cermin dan juga dinding. Pada masa yang sama, sudut kameranya juga menggunakan jenis 100-darjah yang mana ia boleh mengesan dengan lebih meluas seperti penanda jalan, bucu jalan, penunggang motosikal, penunggang basikal serta pejalan kaki di kawasan cerah dan gelap.
Juga baca: Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar!
Source: Penangan 11 beg udara & Honda Sensing, Civic e:HEV raih penarafan EURO NCAP 5 bintang!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades