Toyota Sienta generasi 2023 mungkin hanya sesuai untuk pasaran metropolitan seperti Jepun dan Singapura tetapi jangan ingat ia tidak akan ditawarkan di pasaran lain.
Baru-baru ini, rakan kami di AutoFun ID telah menjumpai imej paten Toyota Sienta serba baharu dalam dokumen Indonesian Directorate General of Intellectual Property (DJKL).
Didaftarkan di bawah nombor A00202202287, patent reka bentuk Sienta seperti di atas difailkan sendiri oleh Toyota pada 13 Julai 2022.
Walaupun jualan Toyota Sienta telah dihentikan di Malaysia, model generasi dahulu masih dijual di Indonesia dan menariknya, ia turut dipasang di sana. Walaupun pembeli di pasaran Indonesia memang gemar akan kereta 7 tempat duduk, jualan Toyota Sienta pada September lepas misalnya hanya meraih setakat 11 unit sahaja (berdasarkan data jualan dari Gaikindo).
Sebagai perbandingan, dalam bulan sama, Avanza dan Veloz di sana masing-masing terjual sebanyak 6,855 unit dan 3,411 unit. Jadi dengan terjumpanya imej paten tersebut, PT Toyota Astra Motor nampaknya tetap mahu meneruskan model Sienta tetapi dengan terkandungnya ia dalam dokumen IP Indonesia, tidak semestinya model ini akan dilancarkan.
Juga baca: Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia
Dari segi teknikal, Sienta baharu buat masa sekarang hanya ada dalam pasaran Singapura dan Jepun. Ia menggunakan platform TNGA-B, sama seperti yang diguna pada Yaris dan Yaris Cross yang ada di pasaran Jepun, Eropah dan Australia.
Bagi anda yang belum tahu, MPV kompak ini dikuasakan oleh enjin 1.5L M15A-FKS (120 PS, 145 Nm) atau enjin hibrid 1.5L 3 silinder M15A-FXE (Enjin: 91 PS/120 Nm, Motor elektrik: 80 PS/141 Nm).
Antara ciri yang unik adalah pintu gelangsar berkuasa, lantai kabin yang rata dan tempat meletak barang yang banyak.
Walaupun Sienta generasi sebelum ini agak hambar di beberapa pasaran Asia Tenggara, anda yang masih berminat mungkin boleh mendapatkan pada harga yang jauh lagi menarik. Tak percaya, lihat sahaja dalam Carsome. Kondisinya pun dijamin dalam keadaan baik kerana ia telah melalui pemeriksaan 175-mata untuk mendapat pengiktiran Carsome Certified.
Dalam masa yang sama, setiap pembelian lengkap sekali dengan waranti 1 tahun dan jaminan pulangan wang selama 5 hari.
Juga baca: Toyota Sienta ‘second hand’ – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?
Source: Paten Toyota Sienta 2023 serba baharu dijumpa dalam dokumen IP Indonesia, bakal tiba di sana?
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades