Seperti yang sudah anda tahu, Toyota Innova generasi baharu yang dirasmikan di Indonesia (Kijang Innova Zenix) tempoh hari cukup berbeza daripada generasi-generasi sebelum ini. Bukan setakat perubahan profil kepada ala SUV dan enjin yang berteknologi hibrid, malah, namanya juga mengalami satu kelainan.
Juga baca: 2023 Toyota Innova Zenix debut global – dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!
Menurut Pengarah Pemasaran PT Toyota Astra Motor (TAM), Anton Jimmi, nama Zenix diambil dari gabungan perkataan ‘Zenith’ dan huruf ‘X’.
Ulas beliau, Zenith bermaksud kemuncak prestasi dan X pula mewakili crossover iaitu pendekatan yang diterapkan pada Innova kali ini. Maka itu, terciptalah nama Zenix.
Walau bagaimanapun, Anton menjelaskan bahawa Innova Zenix akan kekal dengan kebolehan sebuah MPV walaupun tampil dengan unsur-unsur crossover.
Disebabkan nama Innova sudah menjadi ikon, Toyota di rantau ini berhasrat untuk menggabungkannya terus dengan perkataan Zenix dan hasilnya adalah Innova Zenix. Jadi, adakah anda suka dengan nama model yang sedang hangat diperkatakan ini?
Juga baca: Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia!
Source: Paling berbeza dalam sejarahnya, apa maksud nama Zenix pada Toyota Innova generasi 2023?
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades