Masa depan yang kelihatan suram untuk Nissan Malaysia kerana tiada pelancaran kenderaan baharu yang dirancang dalam masa terdekat serta sehingga tahun 2023, ditambah dengan jualan menurun untuk separuh kedua tahun 2022.
Menurut laporan RHB Investment Bank, Edaran Tan Chong Motor masih mampu membuat sedikit keuntungan walaupun sedang dilanda beberapa cabaran.
“Memandang ke hadapan, kami berpendapat kekurangan pelancaran kenderaan baharu dan dengan itu, jualan kereta yang kurang mendapat sambutan akan terus membayangi prospek Tan Chong Motor.
“Jualan jatuh 10% suku-ke-suku disebabkan oleh kekurangan komponen yang dialami berterusan dan kekurangan bekalan CBU oleh Tan Chong Motor, seperti dapatan kami yang mengesahkan bahawa ia terus menghadapi isu bekalan di Malaysia dan Vietnam sepanjang suku ketiga 2022.
Di samping itu, nilai tukaran Ringgit ke US Dollar yang semakin meningkat sehingga 6% pada suku ketiga 2022 telah meningkatkan kos kepada Tan Chong Motor.
“Walaupun pembukaan semula China akhirnya akan mengurangkan isu rantaian bekalan yang memberi kesan kepada TCM Malaysia dan jualan kenderaan Vietnam, kami berpendapat model baharu yang terhad dan pelancaran facelift,
ditambah kekurangan bayangan pelancaran kenderaan baharu di masa hadapan, akan terus membayangi prospek.
Baca: Nissan Kicks e-Power hybrid dari RM 150k kini di Vietnam, 2.2L/100 km jimat minyak kalah Axia!
Sebagai perbandingan, Tan Chong Motor hanya mampu menjual sekitar 1,000 unit model Nissan dan Renault sebulan pada September dan Oktober 2022 di Malaysia, jauh berbeza daripada purata bulanan tahun 2019 sebanyak 1,900 unit. Tanpa pelancaran baharu, minat terhadap kenderaan edaran TCM tidak kelihatan menarik.
SUV segmen B baharu, Nissan Kicks dijangka bakal terkesan apabila pelancarannya dilaporkan tertunda. Untuk tahun 2022, pelancarannya ditunda berikutan pengenalan Nissan Navara baharu pada April 2022.
Baca: Nissan Kicks e-Power 2021, pesaing X50 dan HR-V, terpaksa ditangguhkan untuk Malaysia
Walaupun telah diacah dalam video promosi, Nissan Kicks mungkin akan ditangguhkan pelancarannya untuk tahun 2023 atau digugurkan sekaligus apabila melihat prospek pasaran masa hadapan Nissan di Malaysia.
Jika anda berpendapat bahawa Nissan HQ patut mengambil alih Nissan Malaysia daripada Tan Chong Motor, anda harus membaca artikel editorial kami mengenai isu ini.
Baca: Mengapa Nissan tidak akan mengambil hak pengedaran Tan Chong Motor di Malaysia? Ini sebabnya
Source: Nissan Kicks mungkin tidak dilancarkan di Malaysia tahun depan, ETCM alami waktu sukar!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades