Vietnam Automotive Industry Development Limited, syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan model kenderaan Nissan di Vietnam telah tampil dengan penawaran Nissan Kicks e-Power hybrid baharu.
SUV kompak yang turut dispekulasikan untuk pasaran Malaysia ini telah dijual pada harga VND 789 million (~RM 150,500) hingga VND 858 million (~RM 163,200), diimport (CBU) dari Thailand.
Disasarkan untuk bersaing dengan Honda HR-V, Hyundai Creta, dan Kia Seltos di sana, Nissan Vietnam memperkenalkan dua varian Kicks e-Power di sana, E dan V. Ia juga menerima penghormatan tertinggi apabila dinobatkan menjadi model hibrid pertama dalam segmennya.
Jangan tak tahu, enjin hybrid E-Power adalah trenkuasa hibrid penuh dengan penggunaan minyak didakwa serendah 2.2-liter/100 km yang tidak masuk akal. Angka ini pasti menggembirakan rakyat Vietnam kerana Ron 95 adalah sekitar RM 4.60 di sana sekarang.
Malah, angka ini tidak menipu. Ikuti pautan kami mencuba enjin e-Power hybrid di pautan ini.
Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power – minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!
Tidak seperti sistem hibrid parallel series seperti yang ada pada Honda e:HEV dan Toyota Hybrid System (THS), trenkuasa Nissan e-Power hybrid adalah hibrid penuh.
Hal ini bermakna enjin tidak memacu roda, hanya digunakan sebagai penjana untuk mengecas bateri voltan tinggi. Dalam hibrid selari siri, enjin boleh melakukan kedua-duanya – memacu roda dan mengecas bateri secara berselang-seli atau sekali gus.
Spesifikasi Nissan Kicks e-Power ini adalah enjin tiga silinder 1.2 liter dengan motor elektrik, mampu menghamburkan sehingga 134 PS dan tork 280 Nm. Dari segi pakej keseluruhan, ia menerima fungsi e-pedal step (mod pemanduan satu pedal), dan suite keselamatan yang merangkumi kamera 360 darjah, 6 beg udara, dan kawalan cengkaman.
Kit kelengkapanluaran termasuk lampu LED sepenuhnya, rim 17-inci dan 6 pilihan warna, manakala bahagian kabin dalam mendapat tempat duduk Zero Gravity, gugusan instrumen separa digital dan unit infohibur Android Auto dan Apple CarPlay.
Baca: Nissan Kicks e-Power 2021, pesaing X50 dan HR-V, terpaksa ditangguhkan untuk Malaysia
Bagi spekulasi Nissan Kicks e-Power hybrid yang bakal menyusul ke pasaran Malaysia, ia masih lagi belum mencapai kata putus.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengacah SUV kompak ini dalam iklan Tahun Baharu Cina 2021 mereka…namun setahun berlalu tanpa khabar berita. Adakah ia berpeluang untuk bersaing secara sihat dengan Honda HR-V RS atau Toyota Corolla Cross Hybrid? Nyatakan di bahagian komen.
Baca: Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir?
Source: Nissan Kicks e-Power hybrid dari RM 150k kini di Vietnam, 2.2L/100 km jimat minyak kalah Axia!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades