Jika semua orang menyukai perkara yang sama, maka kehidupan ini mungkin jauh lebih bosan, kan? Keperibadian adalah dalam struktur kewujudan kita, dan walaupun ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza-beza tentang Mitsubishi Xpander Motorsport, perlu kami ingatkan bahawa Malaysia adalah negara bebas.
Jom, kita lihat di sebalik tabir untuk melihat bagaimana Speedline Industries mengimbas setiap panel dengan laser, mencetak kit badan ini dengan penggunaan teknologi 3D kit badan ini, dan menambah beberapa kit prestasi untuk menjadikan Xpander yang paling liar di jalanan (nak lagi liar, ada Xpander AP4, tapi yang tu tak boleh beli lah).
Baca juga: Mitsubishi Xpander Motorsport – Apabila anda seorang ‘family man’ tetapi berjiwa kelajuan dan stailo
Jika anda tidak melihat pilihan ini dalam risalah, jangan risau. Kit badan ini boleh didapati secara eksklusif melalui Speedline Industries; sama ada anda mahu kereta anda kelihatan kereta rali jalanan atau ingin menaikkan seri Xpander, anda tahu siapa untuk dihubungi.
Baca juga: Bukan untuk keluarga je, Mitsubishi dedah kit badan Xpander Motorsport – siap sport rim khas!
Jika anda tiada Mitsubishi Xpander dan ingin membelinya, ia berharga dari RM 99,980, dan boleh dilihat di bilik pameran Mitsubishi di serata Malaysia.
Source: MPV keluarga dengan gaya unik, lihat di sebalik tabir pembuatan Mitsubishi Xpander Motorsport!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades