Pasukan Mitsubishi Ralliart yang bertanding mengunakan trak pikap Mitsubishi Triton yang istimewa baru-baru ini telah memenangi tempat pertama dalam perlumbaan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022. Bayangkan kali pertama mencebur dalam acara ini sudah menang.
Secara amnya, Team Mitsubishi Ralliart telah menerima sokongan teknikal dari Mitsubishi Motors. Untuk makluman anda, pertandingan itu diadakan pada 21 – 26 November yang lalu di sekitar Thailand dan Kemboja. Jarak yang perlu ditempuh adalah sejauh 1,524 km. Peringkat khas (special stages, SS) pula meliputi 637 km.
Sepanjang perlumbaan itu, Chayapon Yotha (Thailand) berjaya memenangi tempat pertama dengan catatan masa 8 jam 22 minit. Menariknya, Rifat Sungkar (Indonesia) dapat mengakhiri tempat kelima, iaitu 17 minit 14 saat di belakang Yotha.
Untuk makluman anda, separuh pertama perlumbaan rali di Thailand ini meliputi peringkat berkelajuan tinggi yang meliputi permukaan kasar dan kering. Separuh lagi merangkumi permukaan berlecak dan berlubang.
Berkenaan Triton itu, modifikasi terhadap enjinnya hanya sedikit tetapi apa yang ketara adalah pada bahagian suspensi, brek, tayar dan interior bagi mengurangkan berat. Malah, rollcage keselamatan pun ada.
Hiroshi Masuoka iaitu pengarah pasukan Team Mitsubishi Ralliart berkata, “Untuk AXCR tahun ini, Triton yang terkenal dengan jangka hayat dan tahan lasak menerima talaan enjin dan casis. Menariknya, spesifikasi yang dibuat untuk masuk perlumbaan rali ini sebenarnya tidak jauh beza dengan kereta produksi”.
Beliau menambah, “Prestasi yang cemerlang ini datang dari kehebatan pemandu yang mana mereka mampu mengeksploit prestasi Triton dan boleh menunjukkan bakat pemanduan yang handal. Tidak lupa juga para jurutera yang menala kenderaan itu dengan sempurna”.
Menariknya, Masuoka memberitahu bahawa segala pembelajaran dari penyertaan rali AXCR 2022 akan digunakan untuk pembangunan kereta produksi supaya dapat mengeluarkan produk Mitsubishi yang lebih unggul.
Source: Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades