Mazda CX-8 facelift 2023 baru-baru ini telah membuat debut di Jepun dan jualannya bakal bermula pada Disember hadapan.
Secara visual, Mazda CX-8 facelift tampil dengan grafik lampu depan dan belakang berhuruf L serta gril yang bergerigi baru. Bahagian bampar hadapan dan belakang juga ada sedikit pembaharuan.
Varian teratas pula telah menerapkan arca roda dan lapisan badan yang mengikut warna kenderaan.
Di Jepun, pembeli ditawarkan dengan beberapa varian baru yang Bernama Grand Journey, Sports Appearance dan Exclusive Mode.
Dalam masa yang sama, terdapat pilihan warna baharu iaitu Rhodium White Premium Metallic.
Pada bahagian interior, perubahan terbesar yang Mazda terapkan adalah penggunaan port USB-C dan Apple CarPlay jenis nirwayar. Di samping itu, Mazda juga menambah mod memandu Off-Road.
Menariknya, kusyen tempat duduknya juga telah dipertingkatkan dan spring yang digunakan juga ditambah baik.
Untuk anda yang teliti bab pemanduan, CX-8 facelift varian Turbo diperbaharui dengan tindak balas minyak yang lebih cepat. Suspensinya juga ditala semula untuk meningkatkan tahap pengendalian.
Mengenai keselamatan pula, ciri Cruise and Traffic Support (CTS) juga telah ditambah dalam kelengkapan ADASnya.
Juga baca: Kebaikan & Keburukan Mazda CX-8: SUV dengan kerusi baris ketiga paling selesa dalam kelasnya?
Dari segi trenkuasa, CX-8 facelift di pasaran Jepun datang dengan enjin:
- 2.5L NA: 190 PS, 252 Nm tork
- 2.5L turbodiesel: 200 PS, 450 Nm tork
- 2.5L turbo: 230 PS, 420 Nm tork
Sama seperti sebelum ini, kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan kuasa dihantar sama ada ke depan sahaja atau kesemua roda.
Di Malaysia, Mazda CX-8 ditawarkan secara CKD dan ia berharga seperti di bawah:
- CX-8 2.5G 2WD Mid: RM 185,360
- CX-8 2.5G 2WD High: RM 191,360
- CX-8 2.5G 2WD High Plus: RM 206,360
- CX-8 2.5T AWD High Plus: RM 221,360
- CX-8 2.2D 2WD High: RM 213,122
Juga baca: 2022 Mazda CX-8 dikemaskini – varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k!
Source: Mazda CX-8 facelift 2023 debut di Jepun: Gaya lebih moden, enjin sama, ADAS yang dipertingkat
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades