SUV premium dari Mazda iaitu Mazda CX-60 kini baru sahaja beransur ke pasaran Australia. Dengan menggunakan platform Mazda terkini iaitu Large Product Group, CX-60 terkenal dengan format enjin depan yang berpacuan roda belakang (FR). Tetapi di Australia, CX-60 hanya ditawarkan dengan pacuan semua roda (AWD) sahaja.
Di sana, terdapat tiga pilihan enjin dan semuanya adalah hibrid. Kuasa disalurkan ke sistem i-Activ All-Wheel Drive yang menumpukan roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.
Untuk makluman anda, varian permulaan buat CX-60 di Australia menggunakan enjin petrol 6 silinder 3.3L turbo e-SkyActiv-G. Huruf ‘e’ itu bermaksud hibrid sederhana 48V yang membantu menghasilkan kuasa sehingga 284 PS dan 450 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 6.9 saat.
Seterusnya pula adalah enjin 3.3L 6 silinder turbodiesel e-SkyActiv-D yang juga lengkap dengan hibrid sederhana 48V. Outputnya menghembuskan 254 PS/550 Nm dan pecutan 0 – 100 km/j mengambil masa 7.3 saat. Sebagai sebuah diesel, kadar penggunaan bahan apinya adalah serendah 4.9 liter/100 km.
Dan yang ketiga pula adalah untuk varian teratas sekali di mana ia menggunakan enjin 2.5L NA SkyActiv-G yang digabungkan dengan e-SkyActiv PHEV (hibrid plug-in) tetapi enjin yang telah beransur pada CX-5 ini ditukar kepada susunan longitudinal. Apa yang uniknya adalah ia dibantu oleh motor elektrik 100 kW dan output keseluruhannya mencecah 328 PS dan 500 Nm tork.
Secara teknikal, motor tersebut disokong oleh bateri ion-litium 17.8 kWj yang terletak antara axle depan dan belakang. Pengecasan AC boleh menyokong sehingga 7.2 kW dan jarak pandu elektrik boleh pergi sampai 76 km, iaitu pada kelajuan sehingga 100 km/j.
Kalau anda nak tahu, CX-60 PHEV ini adalah model produksi Mazda yang paling berkuasa pernah dihasilkan. Pecutan 0 – 100 km/j pula hanya mengambil masa 5.9 saat.
Menariknya, Mazda CX-60 sememangnya akan tiba di pasaran Malaysia, iaitu pada tahun hadapan.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Bermaz yang mana jurucakapnya pernah berkata, “Kami tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai CX-60 tetapi kalau anda lihat barisan model di Malaysia, semua model Mazda yang menggunakan format pandu belah kanan (RHD) ada ditawarkan”.
Lagi satu, barisan model Mazda Australia juga lebih kurang sama dengan kita.
Persoalan sekarang ini adalah harga di Malaysia kerana CX-60 bukanlah murah. Walaupun tempat duduknya hanya ada 5 macam CX-5, harganya lebih dekat dengan CX-8 (6/7 tempat duduk) atau CX-9 (dari RM 329k). Itu pun bergantung dengan keputusan Bermaz untuk memasang secara lokal (CKD) atau import (CBU) dari Jepun.
Di Australia, harga Mazda CX-60 bermula dari 59,800 AUD – 87,252 AUD (~RM 179k – RM 262k). Sebagai konteks, harga CX-5 di sana adalah 53,680 AUD tetapi bertindih dengan CX-9 (45,990 AUD – 73,785 AUD). Apapun, penyerahan akan bermula pada Jun 2023.
Secara amnya, CX-60 adalah pesaing kepada Toyota Harrier.
Untuk mereka yang tidak mahu menguruskan penyakit yang selalu pemilik kereta Jerman kena hadap, inilah jawapannya. Lagi satu, Mazda mampu membangunkan kereta yang lebih elok dan interiornya juga rasa mahal.
Juga baca: Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia?
Source: Mazda CX-60 dilancar di Australia – hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades