Selain perasmian Honda Civic Type R FL5, Thailand International Motor Expo juga sempat mempamerkan Honda SUV e:Prototype.
Juga baca: Thailand lancar Honda Civic Type R 2023 generasi FL5, harga anggaran cecah RM 478k!
Kalau anda nak tahu, inilah benda yang paling dekat untuk HR-V elektrik. Menariknya, ia sudah ada di China tetapi dikenal sebagai Honda e:NS1 dan e:NP1. Versi global pun ada iaitu Honda e:Ny1 tetapi yang ini juga masih dalam fasa prototaip.
Juga baca: Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k
Jadi, dengan Honda mempamerkan prototaip itu, kita boleh agak dah apa pelan Honda untuk rantau ini. Kalau anda nak tahu, tahun lepas, mereka memaklumkan sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam kilang pemasangan bateri EV di Thailand.
Apapun, sebarang spesifikasi mengenai prototaip ini masih belum Honda dedahkan tetapi Honda e:NS1 dan e:NP1 hadir dengan motor elektrik depan (182 PS, 310 Nm) yang disokong oleh bateri ion-litium ternary 53.6 kWj. Jarak pandunya adalah sekitar 420 km.
Versi yang lebih premium pula boleh pergi sampai 510 km dan motor elektrik yang digunakan berkuasa 204 PS dan 310 Nm. Ia dipadankan dengan pek bateri 68.8 kWj.
Dari segi pengecasan pula, 30% – 80% boleh diselesaikan sepantas 40 minit tetapi untuk jenis perlahan pula, 5% – 100% akan mengambil masa sehingga 9 jam.
Pada bahagian kabin, kembar e:NS1 dan e:NP1 hadir dengan kabin yang sama dengan Honda HR-V tetapi dengan format infotainment berdiri yang bersaiz besar. Jadi, sama-sama kita tunggu perkembangan baharu dari Honda.
Source: Honda SUV e:Prototype ditayang di Thailand, HR-V elektrik untuk pasaran ASEAN?
More Stories
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders
M Casino for Beginners: Tips to Get Started
Ensuring Enhanced Safety: The Role of Crane Load Cells in Heavy Lifting