Sebentar tadi, Honda Civic 2022 varian hibrid e:HEV baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan ia mewakili spesifikasi teratas dalam penawaran Civic dari Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB).
Menurut Presiden dan COO Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, sasaran jualan untuk varian hibrid ini adalah 10% daripada jualan keseluruhan Civic.
Kata beliau juga, tempoh menunggu buat masa sekarang adalah 2 – 3 bulan dan setakat ini, hampir 100 tempahan.
Secara amnya, Civic RS e:HEV di Malaysia berharga RM 166,500.
Apa yang lain pada Civic ini adalah penggunaan enjin hibrid i-MMD yang berkapasiti 2.0L NA dengan suntikan terus (direct-injection). Jumlah kuasa yang dihembuskan adalah pada 184 PS dan 315 Nm tork. Penggunaan petrolnya pula adalah serendah 4 liter/100 km.
Antara ciri eksklusif yang ada pada Civic varian teratas ini adalah roda aloi unik, pengecas nirwayar Qi, kluster digital penuh dan Key Card.
Juga baca: Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar!
Source: Honda Civic RS e:HEV 2022 – HMSB sasar jualan sebanyak 10%, tempoh menunggu 2 ke 3 bulan!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades