Baru-baru ini, Toyota Innova generasi baharu telahpun dirasmikan di Indonesia. Menariknya, MPV segmen C yang dipercayai ini akan turut dieksport ke pelbagai pasaran luar di serata dunia.
Juga baca: 2023 Toyota Innova Zenix debut global – dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!
Menurut CEO Toyota Motor Corporation untuk rantau Asia dan Presiden Toyota Motor Asia Pacific, Hao Quoc Tien, sejak model Kijang (Innova di Indonesia) diperkenalkan pada tahun 1977, ia telah menjadi model eksport terpenting buat Toyota Indonesia.
Kata beliau, untuk peringkat awal, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieksport ke 13 negara yang meliputi pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin.
Sementara itu, Pengarah Presiden PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Warih Andang Tjahjono dalam acara perasmian produksi Innova Zenix turut memberitahu bahawa keluaran MPV ini telah bermula dan ia disasarkan sebanyak 3000 – 4000 unit. Menariknya, beliau turut menjelaskan bahawa volum produksi untuk varian hibrid akan merangkumi sehingga 30 – 40%. Keluaran eskport buat Innova Zenix pula akan bermula pada Februari 2023.
Secara teknikal, Warih menerangkan bahawa kandungan tempatan buat Innova Zenix Hybrid adalah 60 – 65%. Varian petrol konvensional pula sudah lebih dari 80%.
Kiranya, kebanyakan komponen varian hibrid belum lagi dilokalkan. Antara yang Warih maksudkan ialah platform, motor elektrik, inverter dan banyak lagi tetapi ia akan beransur secara konsisten.
Menurut Warih, permintaan kereta hibrid sekarang sudah meningkat dan tidak mustahil sekiranya Innova Zenix boleh tembus ke lebih dari 40 pasaran di serata dunia. Oleh kerana itu, TMMIN menyasarkan eksport Innova Zenix sebanyak 8,500 unit setiap tahun.
Sumber: AutoFun ID
Source: Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades