Seperti yang anda tahu, selain crossover EV BYD Atto 3, MPV EV BYD e6 juga akan tembus pasaran Malaysia. Baru-baru ini, kami cuba mendapatkan makluman yang lebih terperinci melalui sumber dalaman dan ini apa yang dapat kami rungkaikan.
Juga baca: EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu
Menurut mereka, e6 akan hadir dengan satu varian sahaja tetapi varian inilah yang boleh pergi sejauh 522 km (kitaran WLTP) dan baterinya adalah jenis Blade LFP yang berkapasiti 71.7 kWj. Motor elektriknya yang terletak pada bahagian depan pula menghembuskan 95 PS dan 180 Nm tork.
Dengan anggaran harga sekitar RM 160k, sumber kami memberitahu bahawa spesifikasinya akan lebih kurang sama dengan model di Singapura. Di sana, BYD e6 ada ciri tempat kulit dengan pelaras berkuasa, infotainment 10.1 inci dan sistem audio Focal.
Pada bahagian luar, terdapat DRL LED dan lampu belakang jenis LED. Berdasarkan intipan di Malaysia sebelum ini, ia juga akan datang dengan roda 17 inci.
Sama seperti Atto 3 yang kami ceritakan sebelum ini, BYD e6 juga akan tembus pasaran Malaysia pada minggu kedua Disember hadapan. Tempahan pula sudah dibuka (hubungi syarikat dalam Facebook ini) dan penyerahannya dirancang bermula pada suku pertama 2023. Untuk makluman anda, kumpulan awal buat kedua-dua model EV ini akan diimport (CBU) dari China.
Juga baca: BYD e6 ini bakal jadi teksi EV pertama Malaysia, boleh ditempah di Langkawi dan KL bermula 2023
Source: BYD e6 bakal menjadi MPV EV pertama di Malaysia; CBU, jarak pandu cecah 522 km, dari RM 160k
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades