Baru-baru ini, sebuah gambar yang memaparkan papan pemuka yang dikatakan milik Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi W214 telah tersebar luas di media sosial di China.
Kalau dilihat pada roda sterengnya, ini mungkin varian permulaan, iaitu yang bukan AMG.
Menariknya, skrin infotainment yang turut dapat dilihat juga adalah jenis melintang, bukannya jenis menegak seperti yang diterapkan pada S-Class W223 / V223 dan C-Class W206.
Perkara ini agak pelik kerana Mercedes-Benz sendiri pernah memberitahu bahawa orientasi jenis potret dipilih untuk S-Class dan C-Class generasi baharu kerana ia lebih sesuai untuk navigasi. Jadi, adakah E-Class baharu dianaktirikan?
Atau mungkin juga paparan head-up display augmented reality generasi baharu cukup bagus sampai infotainment potret tidak lagi diperlukan? Secara teknikalnya, skrin menegak memang lebih sesuai untuk navigasi tetapi ia boleh menjejaskan ruang meletak barang di konsol tengah.
Apapun, mengenai E-Class W214, debut globalnya dijangka berlangsung pada pertengahan tahun hadapan. Varian EV juga akan diperkenalkan.
Juga baca: W214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen
Bagi anda yang belum tahu, E-Class generasi W213 yang ada sekarang ini dijual di Malaysia pada harga RM 345,888 (E200 Avantgarde) dan EM 397,888 (E300 AMG Line). Kedua-dua varian dipasang di Pekan, Pahang.
Untuk makluman anda, model facelift yang ada sekarang dilancarkan pada Julai 2021. E-Class generasi W213 yang ada selama ini pula sudah beransur dalam pasaran kita sejak Jun 2016.
Juga baca: Mercedes-Benz E200 W213 facelift – kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras?
Source: BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades