Analisis sampai S3 2022 – jualan EV BMW telah berganda dari sasaran, i5 akan lancar pada 2023

Dengan sambutan yang cukup baik buat model-model EV, BMW Group nampaknya dalam landasan betul untuk mencapai sasaran awal mereka dalam mengurangkan kadar pelepasan CO2 di Eropah melebihi dua kali ganda, kata Oliver Zipse, Pengerusi Lembaga Pengurusan.

Untuk makluman anda, kumpulan itu asalnya meletakkan sasaran pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 4.9% setiap tahun dan kini, analisis menunjukkan bahawa mereka boleh meraih 5% – 10%.

Tahun ini setakat September, BMW Group telah menyerahkan hampir 128,000 EV, kiranya meningkat 114.8% daripada tahun lepas.

Apapun, syarikat itu tidak mendedahkan pecahan jualan model EV mereka tetapi BMW Group buat masa sekarang ada 5 model EV iaitu iX3, iX, i4, MINI Cooper SE dan i3 (hanya untuk China, 3 Series versi EV, tidak sama macam i3 hatchback yang menggunakan casis gentian karbon).

Juga bacaApa barang petrol, ini ialah BMW i3 Sedan khas untuk China sahaja – 3 Series EV! Mana C-Class?

i3 yang hanya dikhususkan untuk pasaran China.

Menjelang akhir bulan ini, i7 dan iX1 akan tiba di pasaran Eropah dan Amerika Utara, kemudian ke pasaran seluruh dunia.

Menariknya, Zipse turut mengesahkan bahawa BMW i5 akan didedahkan pada tahun hadapan. Model ini beluim lagi membuat debut global tetapi ia kiranya versi EV untuk BMW 5 Series 2023 generasi baru.

Sama seperti i4 dan 4 Series Gran Coupe, 5 Series serba baharu akan debut sebagai EV dahulu, kemudian barulah model konvensional.

Bercakap mengenai sedan elektrik kumpulan itu, EV pertama Rolls-Royce iaitu Spectre juga akan mula dijual pada tahun depan.

Source: Analisis sampai S3 2022 – jualan EV BMW telah berganda dari sasaran, i5 akan lancar pada 2023