Jenama kereta elektrik (EV) popular, Tesla, nampak gayanya sedang bersiap siaga untuk didebut secara rasmi di Thailand pada Disember 2022 kelak, menurut satu ‘teaser’ di media sosial. Ini bermaksud Thai bakal menjadi pasaran kedua di Asia Tenggara untuk melancarkan projek EV kesayangan Elon Musk ini, selepas Singapura.
Lebih menarik perhatian kami adalah berita ini dikongsikan oleh laman Facebook Siam Paragon tanpa sebarang indikasi wujudnya laman Facebook mahupun laman sesawang rasmi Tesla Thailand. Perkongsian itu ada menyebut tentang laman Line rasmi, namun pautannya membawa kami ke profail pengguna biasa saja.
Sebaagai info, Siam Paragon merupakan salah satu pusah beli-belah premium di Bangkok; lebih kurang seperti Pavilion Bukit Bintang. Agak masuk akal untuk jenama EV premium ini didebut di pusat beli-belah eksklusif yang sering dikunjungi golongan kaya.
Tambahan pula, Siam Paragon turut dibanjiri bilik-bilik pameran jenama kereta mewah termasuklah Porsche, Aston Martin, Rolls-Royce, dan jenama seperti BMW, Jaguar, serta MINI. Oleh yang demikian, besar kemungkinannya bilik pameran pertama Tesla di Thailand akan turut dibuka di pusat beli-belah ini.
Walaupun ‘teaser’ berkenaan hanya menunjukkan beberapa bahagian seperti lampu hadapan serupa Model 3 atau Model Y, jika ditinggikan kecerahan gambar, kami boleh nampak saiz rim berukuran 235 inci lebar. Ini saja cukup membuktikan model pertama yang mungkin akan diperkenalkan oleh Tesla Thailand nanti sebagai Tesla Model 3, memandangkan Tesla Model Y tidak menawarkan tayar bersiri 235.
Juga baca: Harga RM 449k untuk Tesla Model Y rasmi di Singapura, sebenarnya murah bagi mereka?
Terdapat beberapa petunjuk tentang kehadiran Tesla di Thailand jika dilihat pada betapa majunya industri EV di negara itu. Tesla (Thailand) Co. Ltd telahpun didaftarkan pada April lalu dan ia menyenaraikan beberapa nama-nama penting dalam organisasi Lembaga Pengarahnya.
Juga baca: Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai?
Lebih 8 bulan kemudian, adakah kita bakal menyaksikan kemasukan rasmi kedua Tesla di rantau ASEAN menerusi Thailand? Bagi peminat Tesla di Malaysia pula, satu-satunya cara untuk dapatkan Model S, 3, X, ataupun Y masih lagi menerusi penjual-penjual kereta recond.
Juga baca: Malaysia akan membuat bateri untuk Tesla tidak lama lagi, dieksport dari Seremban? Biar boto jang!
Source: Tesla dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Disember 2022 – Malaysia ketinggalan lagi?
More Stories
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders
M Casino for Beginners: Tips to Get Started
Ensuring Enhanced Safety: The Role of Crane Load Cells in Heavy Lifting