BMW dan hibrid bukanlah 2 perkataan yang meyakinkan jika bercakap mengenai kebolehpercayaan atau ketahanan. Namun mungkin anda pernah terserempak dengan BMW X5 xDrive40e plug-in hybrid (PHEV) generasi F15 yang kini sekitar RM 140k.
Duit pun dah ada, perasaan “baik beli” juga sudah membisik jadi adakah berbaloi untuk membeli BMW X5 xDrive40e F15 ini? Ini panduan SUV terpakai itu, hanya di Wapcar.my.
Spesifikasi BMW X5 hybrid F15 di Malaysia
BMW X5 PHEV generasi F15 telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dengan varian pemasangan tempatan tunggal (CKD), iaitu xDrive40e M Sport, berharga RM 388,800.
Trenkuasa hadir dalam bentuk enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo N20 yang menghasilkan 242 PS/350 Nm dengan sendirinya. Disambungkan di antara enjin petrol dan transmisi automatik 8-kelajuan adalah motor elektrik yang diberi mampu menambah kuasa pada 73 PS/250 Nm.
Bersama-sama motor elektrik ini ialah output gabungan yang mencapai 313 PS/450 Nm, disalurkan ke keempat-empat roda melalui sistem pacuan semua roda xDrive. Ia mempunyai pek bateri 9.0-kWj yang didakwa mampu memberikan sehingga 30 km pemanduan dengan motor elektrik sepenuhnya.
Dari segi peralatan, terdapat kawalan iklim automatik 4 zon, paparan infotainmen 10.25 inci, sistem bunyi Harman Kardon dengan 16 pembesar suara, dan sistem hiburan tempat duduk belakang dengan dua skrin 10.2 inci.
BMW X5 xDrive40e turut menampilkan self-leveling air suspensian di bahagian belakang, yang telah terbukti menjadi punca masalah bagi kebanyakan pemilik. Kami akan membincangkan isu ini sebentar lagi.
Berapa harga BMW X5 hybrid F15 terpakai ketika ini?
Ketika artikel ini ditulis, harga bagi BMW X5 xDrive40e generasi F15 terpakai yang digunakan antara tahun 2016-2018 berlegar di sekitar RM 160k. Beberapa unit awal boleh didapati pada harga serendah RM 140k.
Patutkah ambil kira kos bateri BMW X5 hybrid?
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda seharusnya mengambil kira kos bateri. Penggantian penuh untuk pek bateri voltan tinggi BMW X5 xDrive40e dengan 6 modul sel akan menelan kos sekitar RM 30,000.
Tetapi berita baiknya ialah modul boleh diganti secara individu dan jika hanya satu perlu diganti, anda boleh memilih untuk menukar modul sel rosak yang berharga sekitar RM 5,000 untuk setiap satu.
Masalah biasa BMW X5 hybrid F15?
Seperti yang dibayangi sebelum ini, isu yang paling biasa untuk BMW X5 xDrive40e F15 ialah kerosakan suspensi udara di bahagian belakang, yang menyebabkan bahagian belakang mengendur dan kelihatan lebih rendah dengan ketara. Selain itu, mesej amaran yang akan timbul adalah “Chassis function restricted”. Kualiti keselesaan juga akan berbeza, di mana ia terasa melambung-lambung.
Masalah ini disebabkan oleh kebocoran daripada spring udara (atau belon). Cuaca lembap di Malaysia juga dikatakan mempercepatkan kegagalan pemampat udara apabila kelembapan terkumpul, mengakibatkan penghantaran udara ke kebuk suspensi yang tidak efisien.
Baik pulih di pusat servis yang dibenarkan akan dikenakan caj sekitar RM 12,000 untuk sepasang spring udara belakang dan pemampat. Penggantian OEM di bengkel bebas akan menelan kos kira-kira separuh daripada itu. Sebagai alternatif, sesetengah pemilik telah memilih penggantian aftermarket dengan strut dan spring konvensional biasa (bukan air suspension).
Sesetengah amaran seperti “Drivetrain” dan “Automatic start/stop” mungkin akan muncul. Selalunya, ia disebabkan oleh bateri tambahan (ya, terdapat dua bateri sokongan di dalam BMW X5 F15) yang biasanya perlu diganti dalam masa dua hingga tiga tahun.
Penggantian untuk bateri 50Ah yang lebih kecil boleh didapati pada harga sekitar RM 900, manakala bateri 90Ah yang lebih besar memerlukan anda mengeluarkan kos sekitar RM 1,500. Sekiranya anda memilih untuk menggantikannya di pusat servis yang dibenarkan, jangkakan sekurang-kurangnya 50 peratus kenaikan harga.
Pemilik juga ada melaporkan pemampat pendingin hawa elektrik rosak. Alat ganti asal akan menelan kos sekitar RM 5,000. Terdapat juga laporan tentang isu pam minyak, dengan bajet sekurang-kurangnya RM 1,000 untuk penggantian.
Kos penyelenggaraan BMW X5 hybrid F15?
Servis biasa (penukaran minyak enjin dan penapis minyak) akan menelan kos sekitar RM 500 manakala servis major (dengan palam pencucuh, pelbagai penapis, dll.) berharga sekitar RM 1,300.
Alat ganti tulen untuk brek pad hadapan akan berharga sekitar RM 700 manakala pad brek belakang kira-kira RM 600. Tetapi memandangkan ini adalah model PHEV, brek lambat haus kerana ia menggunakan brek regeneratif untuk memperlahankan kenderaan.
Minyak pelincir transmisi automatik didakwa mampu bertahan sepanjang hayat kenderaan namun ramai yang mempertikaikan dakwaan ini. Adalah disyorkan untuk melakukan penukaran minyak pelincir transmisi sebaik sahaja jarak perbatuan mencapai sekitar 80,000 km atau lebih, yang akan menelan belanja sekitar RM 1,300.
Tips lain dalam membeli BMW X5 hybrid F15?
Pertukaran tayar tidak murah, memandangkan tayar berprofil 285/45 R19 di belakang dan 255/50 R19 di hadapan. Jika anda memilih tayar jenis Runflat , ia akan menelan kos sekitar RM 1,200 untuk bahagian belakang dan RM 1,100 untuk hadapan, bergantung kepada jenama.
Kehausan tayar yang lebih awal di bahagian dalam pada tayar belakang juga biasa dilaporkan oleh pemilik, mungkin disebabkan sudut camber yang agresif. Adalah disyorkan untuk mendapatkan penjajaran tayar dengan lebih kerap untuk memantau isu kehausan pra-matang ini.
Jika anda mendapat unit yang hampir tamat tempoh waranti, hantarkan SUV ini untuk pemeriksaan dan/atau servis yang menyeluruh. Mana-mana komponen yang didapati rosak masih boleh diganti tanpa sebarang kos.
Akhir sekali, terdapat program waranti di mana pelanggan BMW PHEV sedia ada dapat melanjutkan jaminan bateri hibrid dengan tambahan 3 tahun menjadi jumlah keseluruhan 8 tahun/160,000 km.
Jika pemilik sebelumnya telah membeli waranti tambahan ini, ia suatu poin tambahan bagi pemilik baharu kerana isu berkaitan bateri hibrid akan dilindungi oleh waranti rasmi.
Konklusi
Seperti yang terbukti dari hujah di atas, memiliki BMW X5 hibrid F15 bukanlah suatu pengalaman tanpa sebarang isu. Sekiranya berlaku kerosakan, terutamanya jika komponen berkaitan hibrid seperti pemampat pendingin hawa, ia akan menelan kos yang agak tinggi.
Jika anda berminat dengan unit terpakai, siapkan bajet dalam jumlah yang mampan (mungkin, RM 50k) sebagai tambahan kepada harga pembelian untuk bateri hibrid dan baik pulih lain yang tidak dijangka. Jika ini membuatkan mata anda terjojol atau mulut berbuih seperti ditampar bunian, BMW X5 hybrid F15 ini bukan untuk anda.
Namun jika anda mampu untuk membelanjakan kira-kira RM 200k dengan bajet untuk baik pulih kenderaan disertakan, maka SUV hibrid BMW X5 F15 cukup untuk julat kewangan anda apabila mengambil kira umur, saiz, kuasa dan cirinya.
Carsome ada menawarkan model BMW X5 F15 terpakai pada harga menarik, tiada caj tersembunyi dan semestinya sudah melalui pemeriksaan ketat. Ikuti pautan ini untuk mencuci mata.
Source: Teringin SUV premium? BMW X5 terpakai generasi F15 serendah RM 140k, lebih baik dari CR-V baru?
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders