Acara pembukaan Los Angeles Auto Show 2022 tempoh hari telah dimulakan dengan debut dunia buat Toyota bZ Compact SUV. Walaupun bukan versi produksi, bZ Compact SUV ini merujuk kepada model produksi EV yang akan diposisikan bawah Toyota bZ4X, iaitu EV pertama Toyota.
Sama seperti bZ3 (hanya di China), bZ Compact akan menambah barisan ‘Beyond Zero’ (bZ) Toyota kepada 3 model. Menurut Toyota, barisan bZ akan merangkumi 5 model.
Juga baca: Toyota bZ3 sah untuk China – ‘EV Corolla’ guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3
Pada bahagian dalam, Toyota berkata bahawa tempat duduknya akan diperbuat daripada bahan kitar semula dan ekstrak tumbuhan. Skrin infotainmentnya pula jenis melengkung dan menariknya, bahagian panel kawalan pelaras diterapkan terus pada skrin tersebut.
Roda sterengnya juga bukan jenis konvensional dan ia nampak seakan sama dengan rekaan ‘yoke’ yang ada pada Toyota bZ4X dan Lexus RZ.
Juga baca: EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah!
Dalam masa yang sama, kereta konsep ini menerapkan bantuan peribadi dalam kereta yang dinamakan sebagai ‘Yui’. Dengan menggunakan audio dan pencahayaan visual yang bergerak dalam kabin, Yui boleh bertindak balas dan mengaktif dan nyahaktif sesuatu fungsi berdasarkan arahan dari kesemua penumpang.
Walaupun Toyota belum memaklumkan apa-apa, sebenarnya cukup jelas bahawa bZ Compact SUV Concept dibangunkan sebagai evolusi kepada C-HR.
Lekuk dan elemen yang diterapkan sememangnya nampak sama dengan C-HR.
Sewaktu C-HR dibangunkan, Toyota Corolla Cross belum lagi dirasmikan. Tetapi sekarang dengan adanya kedua-dua model, Toyota kiranya tidak perlu menjual kedua-dua SUV ini sekaligus.
Jadi, Toyota C-HR 2023 generasi seterusnya mungkin akan ditukar nama dan menjadi sebahagian daripada keluarga model elektrik bZ.
Model produksi buat konsep ini akan debut sekitar pertengahan tahun 2023, dengan wajah yang mirip Toyota Prius 2023.
Juga baca: Bakal debut pertengahan tahun depan, Toyota C-HR generasi 2023 menyerlah dengan lakaran baru!
Source: C-HR versi EV? Inilah dia Toyota bZ Compact SUV Concept, ada bantuan peribadi AI Yui
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders