Ketika ini, Toyota Indonesia sedang bersedia untuk penampilan sulung 2023 Toyota Innova Zenix serba baharu secara global yang bakal diadakan pada minggu hadapan.
Namun, satu hantaran di Instagram telah memberikan petunjuk mengenai rekaan MPV 7-penumpang yang bakal menggegarkan pasaran ini. Imej Toyota Innova Zenix nampaknya telah tertiris di laman sosial!
Pada bahagian hadapan, Toyota Innova generasi baharu dilihat menampilkan gril besar berbentuk pentagon yang diapit lampu hadapan tirus, tidak jauh berbeza dengan Toyota Corolla Cross. Terdapat juga sepasang sepasang LED tipis yang terletak di bawah lampu depan.
Bergerak ke bahagian sisi kenderaan, pelapisan fender bulat penuh mengikut acuan fender ala SUV, memberikan Toyota Innova generasi seterusnya daya tarikan lasak dan kukuh. Sesuai untuk pasaran Indonesia yang merupakan pasaran utamanya.
Baca: Toyota Innova Zenix baharu disahkan guna enjin hibrid, kongsi 1.8L dengan Corolla Cross Hybrid?
Walaupun imej yang tertiris ini tidak mendedahkan bahagian belakang Innova generasi seterusnya, Toyota telah menghasilkan video acah pendek berdurasi 10 saat, memberikan pratonton ringkas MPV baharu. Berdasarkan video ini, Toyota Innova generasi seterusnya akan mendapat sepasang lampu LED yang disambungkan dengan jalur LED, memberikan rupa kelas atasan – juga mirip Toyota Veloz pasaran Malaysia.
Buat masa ini, terdapat spekulasi bahawa Toyota Innova Zenix pacuan roda hadapan (FWD) mungkin ditawarkan dengan enjin 2.0 liter petrol atau hibrid dan kedua-dua unit akan dipasangkan dengan transmisi automatik CVT. Varian transmisi manual dan diesel dikatakan akan digugurkan untuk generasi akan datang.
Tanda nama “HyCross” mungkin disasarkan untuk pasaran India bagi mencerminkan pacuan hibrid Toyota yang terbukti. Lebih banyak perincian awal boleh diikuti di pautan berikut.
Baca: 2023 Toyota Innova Zenix acah “sunroof” – corong pendingin hawa atas, pelancaran minggu depan!
Source: Imej Toyota Innova Zenix baharu tertiris sebelum pelancaran, makin mengancam!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades