Baru-baru ini, Toyota bZ4X iaitu kereta elektrik EV pertama buat syarikat gergasi Jepun itu telah dilancarkan di dua pasaran terbesar di rantau Asia Tenggara. Kiranya, SUV EV ini telah membuat debut ASEAN di Thailand dan beberapa hari selepas itu, ia dilancarkan pula di Indonesia.
Untuk makluman anda, kedua-dua pasaran hanya menawarkan bZ4X dengan satu varian sahaja. Di Thailand, Toyota bZ4X datang dengan spesifikasi dua motor dan pacuan semua roda (AWD). Indonesia pula dengan satu motor dan pacuan roda depan (FWD).
Secara amnya, varian FWD menghembuskan 204 PS dan 266 Nm tork. Jenis AWD pula dengan 218 PS dan 337 Nm tork. Kedua-dua varian menggunakan bateri 71.4 kWj yang mana ia memberikan jarak pandu 500 km buat FWD dan 411 km buat AWD.
Pengecasan AC buat bZ4X menyokong sehingga 6.6 kW (melalui port Type 2). Pengecasan pantas DC pula sehingga 150 kW (melalui port CCS2).
Walau apapun, kedua-dua Toyota bZ4X di sana datang dengan kelengkapan yang cukup tinggi. Antaranya seperti lampu LED, bumbung suria panoramik, tempat duduk kulit dan infotainment 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Dari segi keselamatan pula, Toyota bZ4X di kedua-dua pasaran lengkap dengan ADAS Toyota Safety Sense 3.0 sekali dengan ciri parkir sendiri.
Memandangkan peratusan pengguna EV di Indonesia dan Thailand masih rendah, Toyota telah berusaha menawarkan pakej jaminan yang cukup menyenangkan. Di Thailand, setiap pembelian bZ4X datang dengan waranti bateri 8 tahun/160,000 km, lanjutan waranti 5 tahun/150,000 km dan diskaun 30,000 THB (~RM 3.9k) untuk pengecas dinding.
Pasaran Indonesia juga memberi waranti bateri 8 tahun/160,000 km tetapi ia lengkap dengan program servis percuma selama 3 tahun/60,000 km. Istimewa untuk pasaran Indonesia juga adalah dua jenis pengecas yang didatangkan sekali iaitu jenis boleh dibawa kemana-mana dan pengecas dinding.
Untuk harga pula, Toyota bZ4X di Thailand ditawarkan pada 1,936,000 THB (~RM236k), manakala di Indonesia pula, ia berharga 1.19 bilion IDR (~RM 356k).
Walaupun Toyota bZ4X di Indonesia jauh lebih mahal, ia tetapa ada untuk disewa melalui servis langganan Kinto. Di sana, perkhidmatan ini bermula dari harga 20 juta IDR (~RM 6k) setiap bulan. Untuk Thailand pula masih belum diumumkan.
Di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) sudah mengesahkan bahawa Toyota bZ4X sememangnya akan tiba. Namun berdasarkan pasaran jiran, harganya tidak akan murah.
Juga baca: UMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?
Apapun setakat ini, UMWT telah memasang beberapa pengecas pantas di ibu pejabat mereka.
Juga baca: UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka – siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?
Source: Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders